• Am Auto

    Bengkel orang jujur

    amauto-mechanic

    amauto-mechanic

    2/3 bulan lepas kecoh di media sosial berkenaan sebuah bengkel kereta yang mana tuan nya jujur dengan pelanggan yang datang mendapatkan perhidmatan membaiki kereta. Dari situ aku mula tertarik dengan cerita yang dikongsikan. Rasa nak cuba baiki kereta di sini.

    Kebetulan, kereta aku memang perlu dibaiki. Sepatutnya sebelum hari raya lagi, memandangkan atas kekangan masa, aku tangguhkan dulu. Selamba belasah balik kampung. Syukurlah masa layan corner Karak Highway tak jadi apa-apa yang tidak diingini.

    Hajat akhirnya tertunai juga, minggu lepas Sabtu 23/8/2014, aku berjaya muncul di depan kedai. Masa aku sampai, ada nampak 2/3 pekerja yang sibuk melayan pelanggan. Aku parking jauh sikit sebab depan kedai penuh kereta. Turun dari kereta, slow-slow aku jumpa dengan salah satu pekerja yang di situ.

    Bila aku tanya mana En Am, dorang cakap tokey cuti hari ni. Dalam hati mungkin aku tak dapat harga jujur hari ni. Tapi sangkaan aku meleset bila mana, pekerja En Am semua nya jujur. Bukan jenis sembelih pelanggan. Bila aku ceritakan apa masalah kereta aku, dia( pekerja) terus bagi solution alat ganti yang aku nak tu dengan 2 harga berbeza. 1 buatan Jepun dan satu lagi buatan Malaysia. Aku pilih buatan Malaysia, sebab aku orang malaysia hehehe.

    Setelah aku setuju dengan harga tersebut, terus pekerja di situ test kereta aku, lepas test depa check drive shaft dan dengan segera kereta aku dijek tayar depan. Dalam masa yang sama, ada 3 lagi kereta yang menunggu giliran. Mungkin sebab kereta aku memerlukan masa yang pendek untuk dibetulkan, jadi kereta aku dibaiki dahulu.

    myvi-tunning

    Nampak tak besi yang terkulai tu?, benda tu lah yang rosak, bila corner ke kiri ada satu bunyi macam orang tumbuk sambal. Dah lama orang tumbuk sambal tu menumbuk, tapi aku buat pekak jer hehehe. Untuk tak mahu orang tumbuk sambal tu terus menumbuk, aku tukar sebatang lesung terus. So masalah settle, bila aku ambik corner sangat smooth, seolah-olah aku memandu sebuah kereta buatan Eropah.

    Aku sangat puashati dengan servis yang diberikan, walapun 2 jam baru siap, tapi aku puas hati dari segi harga dan layanan serta kejujuran pomen-pomen yang bertugas hari tu. So aku bagi 5 bintang!

    Pada yang nak cuba bengkel ni, aku kongsikan alamat di bawah.

    AM AUTO

    No 24 & 26 GF, Jalan Cuepack 5A,

    Taman Koperasi Cuepacs, Kajang Selangor

    No Phone : 03-8741 2070

Leave a Reply

Your email address will not be published.